Hadiah Menarik Bernilai Sehingga RM8,000
Menanti Anda!

Rebut peluang untuk menang hadiah hebat, termasuk motosikal, dalam Kempen myRaya Top Up Kaw Kaw bersama e-pay! Hanya beli tambah nilai minimum RM30 dalam satu resit dari mana-mana kedai myNEWS. Lagi banyak penyertaan, lagi tinggi peluang untuk menang! Pemenang dengan penyertaan terbanyak akan membawa pulang hadiah-hadiah menarik di bawah!


HADIAH UTAMA
Motor Modenas Kriss MR3 110 Drum bernilai RM4,999 x 1

HADIAH KEDUA
Telefon Pintar Samsung Galaxy A35 5G bernilai RM1,499 x 1

HADIAH SAGUHATI
Pin Tambah Nilai TNG eWallet bernilai RM300 x 5



Tempoh Kempen: 15 Mac sehingga 15 Mei 2025


Terma & Syarat


1. Kempen myRaya Top Up Kaw Kaw dengan e-pay  (“Kempen”) akan berlangsung dari 15 Mac 2025 hingga 15 Mei 2025 (“Tempoh Kempen”) iaitu selama 2 bulan. e-pay (M) Sdn. Bhd. (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Kempen tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Kempen akan dibatalkan secara automatik.


2.
Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan yang membelanjakan RM30 dan ke atas untuk produk tambah nilai yang terpilih melalui e-pay dari mana-mana kedai myNEWS.


3.
Senarai produk e-pay yang turut serta adalah:

a. Tambah Nilai Mudah Alih - Celcom, Digi, Digi Internet, Hotlink, Hellosim, redONE, speakOUT, Tune Talk, U Mobile, ONEXOX, YES

b. Tambah Nilai e-Wallet - Touch ‘n Go eWallet Reload PIN

c. Tambah Nilai IDD - UltraTone

d. Tambah Nilai Online Game - Razor Gold

e. Lain-lain: Grab Driver


4. Untuk menyertai Kempen:

a. Beli tambah nilai* RM30 dan ke atas dalam satu resit (1 penyertaan) dari mana-mana kedai myNEWS yang menawarkan produk e-pay dalam Tempoh Kempen.

i. *Tambah nilai TNG adalah dikecualikan.

b. Imbas kod QR untuk hantar penyertaan dan sertakan gambar resit.

i. Sila pastikan resit yang dilampirkan mengandungi nombor PIN dan nombor transaksi yang jelas dan boleh dibaca.


5. Para peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini tetapi setiap penyertaan wajib disertakan dengan butiran berikut yang diperlukan dan resit tunggal yang berlainan bagi setiap penyertaan.

a. Nama Penuh

b. No. Telefon Bimbit

c. No. MyKad/Pasport

d. Emel


6. Para peserta tidak dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan dengan resit tunggal yang sama kepada pihak Penganjur.


7.
Hanya resit-resit bercetak yang asal dan sah akan diterima. Resit-resit yang sukar dibaca, rosak, diubah, disalin semula, diperolehi secara tidak sah, tersalah cetak dan/atau tidak mengandungi maklumat yang diperlukan adalah tidak sah dan tidak akan diterima. Pihak Penganjur mempunyai budi bicara mutlak dan hak untuk membatalkan kelayakan resit-resit tidak sah tersebut. 


8.
Setiap hari sepanjang Tempoh kempen, kempen akan bermula pada pukul 12:00 tengah malam dan berakhir pada pukul 11:59 malam.


9.
Cara pemilihan pemenang:

a. Hadiah Utama x 1, Hadiah Kedua x 1 dan Hadiah Saguhati x 5: Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah penyertaan terkumpul terbanyak yang didaftarkan menggunakan MyKad/pasport sepanjang Tempoh kempen.

b. Pemenang akan ditentukan oleh pihak Penganjur berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

c. Setiap penyertaan mesti menggunakan maklumat unik seperti MyKad/pasport atau maklumat lain yang ditentukan oleh Penganjur bagi tujuan pengesahan dan pemilihan pemenang.

10. Semua pemenang akan diumumkan di akaun FB rasmi e-pay, www.facebook.com/epaymalaysiaofficial dan laman rasmi kempen, www.ghl.com/myrayatopup-epay dalam tempoh satu (1) bulan selepas tamat tempoh kempen atau masa yang mungkin ditentukan oleh pihak Penganjur.

11.
Pemenang akan dihubungi oleh pihak Penganjur. Sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) percubaan selama tiga (3) hari berturut-turut, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan peserta dan pemenang lain akan dipilih.


12. Hadiah-hadiah kempen:

a. Hadiah Utama x 1: Motor Modenas Kriss MR3 FI 110 Drum bernilai RM4,699.

b. Hadiah Kedua x 1: Telefon Pintar Samsung Galaxy A35 5G bernilai RM1,499.

c. Hadiah Saguhati x 5: Pin Tambah Nilai TNG eWallet bernilai RM300 setiap satu.

d. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi SATU (1) hadiah sepanjang Tempoh kempen.

e. Hadiah Utama dan Kedua akan diberikan secara fizikal di kawasan Lembah Klang (tempat & masa akan diberitahu kemudian).

f. Hadiah Saguhati akan diberikan melalui nombor telefon pemenang, iaitu nombor pin tambah nilai Touch ‘N Go eWallet. Pihak Penganjur tidak akan meminta, sama ada melalui e-mel, telefon atau WhatsApp, nombor PIN, kata laluan atau butiran peribadi lain peserta selain daripada yang dinyatakan di sini.

g. Kesemua hadiah mesti dituntut atas perbelanjaan sendiri dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas Tempoh kempen. Hadiah-hadiah yang gagal dituntut akan dilupuskan oleh pihak Penganjur.

h. Hadiah tidak boleh dikembalikan, tidak boleh dipindah milik untuk wang tunai atau bentuk perkhidmatan/produk lain.

i. Peserta dikehendaki untuk mengemukakan bukti pengenalan diri semasa atau sebelum penuntutan hadiah kempen sebagai pengesahan. Bentuk-bentuk bukti pengenalan diri yang diterima oleh pihak Penganjur adalah kad pengenalan/passport. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan peserta/pemenang atas kegagalan dalam mengemukakan bukti pengenalan diri.

j. Pihak Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai atau apa-apa format atas sebarang sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam 'keadaan sedia ada'.


13. Dengan menyertai kempen ini, para peserta memberi keizinan kepada Pihak Penganjur untuk menggunakan maklumat peribadinya dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.

14.
Dengan menyertai kempen ini, para peserta bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak Penganjur.

15.
Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa.