English  |  
Bahasa Melayu

Muat Turun PDF

NOTIS PRIVASI ("NOTIS")

Di GHL (“GHL” dan “Kumpulan GHL” merujuk kepada GHL Systems Berhad dan mana-mana subsidiari kami, seperti seperti yang ditakrifkan di dalam seksyen 7 Akta Syarikat 2016) kami menghormati privasi individu mengenai Data Peribadi. Notis ini adalah selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi (“PDPA”) 2010 yang kami percaya adalah sejajar dengan rantau ASEAN khususnya Akta Data Privasi (Data Privacy Act Filipina), PDPA Indonesia, PDPA Thailand, PDPA Singapore, PDPA Australia dan perundangan perlindungan data peribadi lain yang berkaitan, termasuk termasuk Peraturan Perlindungan Data Umum (General Data Protection Regulations) (“GDPR”) dari Kesatuan Eropah (European Union) (“EU”), yang mana adalah terpakai. 
Selaras dengan itu, Notis ini menggariskan beberapa dasar dan prinsip yang kami gunakan berkaitan dengan privasi maklumat peribadi anda, sebagai tanda komitmen kami untuk menghormati, mengekalkan, dan melindungi privasi maklumat peribadi anda. 
Dengan berinteraksi dengan kami di laman web, portal e-bayaran, atau dengan menggunakan laman-laman web yang dimiliki dan/atau dikendalikan oleh kami (“Laman Web”), kamu bersetuju untuk pemprosesan Data Peribadi oleh GHL dan semua pihak-pihak yang terlibat dalam peruntukan servis oleh GHL. 

Pengumpulan Data Peribadi

1. "Data Peribadi" merujuk kepada informasi tentang diri anda yang telah anda berikan kepada GHL, seperti nama, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan, alamat emel, keutamaan peribadi anda dan sebarang informasi yang boleh mengenalpasti diri anda yang telah atau mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh GHL dari masa ke semasa.

2. Secara umumnya, kami mengumpul Data Peribadi anda dengan cara-cara yang berikut:
        1. apabila anda mengemukakan borang-borang yang berkaitan dengan apa-apa produk atau perkhidmatan kami, atau mengemukakan apa-apa pertanyaan dalam talian;
        2. apabila anda mendaftarkan untuk atau menggunakan apa-apa perkhidmatan dalam Laman Web kami;
        3. apabila anda mendaftar atau menggunakan apa-apa perkhidmatan kami;
        4. apabila anda berinteraksi dengan pegawai-pegawai khidmat pelanggan kami atau mana-mana pekerja kami;
        5. apabila anda menggunakan atau membeli perkhidmatan-perkhidmatan atau produk-produk kami;
        6. apabila anda menubuhkan apa-apa akaun dalam talian dengan kami;
        7. apabila anda meminta kami untuk menghubungi anda;
        8. apabila anda membalas permintaan kami tentang Data Peribadi tambahan;
        9. apabila anda meminta untuk dimasukkan dalam suatu emel atau senarai mel yang lain;
        10. apabila anda membalas promosi-promosi kami atau inisiatif yang lain;
        11. apabila anda membalas kaji selidik pasaran kami;
        12. apabila anda menyerahkan suatu permohonan pekerjaan atau suatu permohonan biasiswa;
        13. apabila kami menerima rujukan-rujukan daripada rakan kongsi perniagaan dan pihak ketiga, sebagai contoh, dimana anda telah dirujuk oleh mereka;
        14. apabila anda mengemukakan Data Peribadi anda kepada kami untuk apa-apa tujuan yang lain; dan
        15. apabila anda melayari Laman Web kami.
3. Pemberian Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Walaubagaimanapun, jika anda tidak memberikan Data Peribadi anda kepada kami, kami mungkin tidak dapat berkomunikasi dengan anda atau memberikan servis yang anda perlukan. 

Tujuan Pemprosesan 

4. Anda dengan ini bersetuju bahawa GHL boleh mengumpul, menyimpan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan di bawah tetapi tidak terhad kepada:-

    • komunikasi kepada anda;
    • menghantar kemas kini acara, promosi, bahan pemasaran dan maklumat pengembangan masa hadapan kami;
    • menjalankan penyelidikan tentang keutamaan anda atau melakukan statistik dan analisis tingkah laku anda untuk cuba memenuhi keperluan anda dengan lebih baik; atau
    • membuat apa-apa pendedahan yang mungkin dikehendaki oleh undang-undang.

5. Jika anda tidak bersetuju dengan GHL untuk memproses Data Peribadi anda bagi tujuan yang disenaraikan di atas, sila maklumkan kami melalui butiran hubungan seperti yang dinyatakan di Perenggan 14.   

Pendedahan Kepada Pihak Ketiga   

6. GHL boleh melibatkan syarikat lain, pembekal perkhidmatan atau individu atau mana-mana pihak ketiga untuk melaksanakan fungsi bagi pihaknya, dan seterusnya boleh memberikan akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga seperti yang disenaraikan di bawah, yang tidak menyeluruh:

      • bahagian-bahagian atau entiti-entiti lain dalam Kumpulan GHL;
      • rakan usahasama / rakan pakatan kami;
      • ejen-ejen, kontraktor-kontraktor, pembekal-pembekal perkhidmatan pihak ketiga dan penasihat-penasihat pakar kami yang telah dilantik untuk membekalkan kami dengan pentadbiran, kewangan, penyelidikan, operasi atau perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti telekomunikasi, teknologi maklumat, pembayaran, gaji, pemprosesan, latihan, penyelidikian pasaran, penyimpanan dan arkib;
      • mana-mana rakan perniagaan pihak ketiga yang menawarkan barangan-barangan dan perkhidmatan-perkhidmatan atau menaja pertandingan-pertandingan atau program-program promosi lain, sama ada bersama dengan kami atau tidak, dan sekiranya dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai;
      • penanggung-penanggung insuran atau penyiasat insurans dan pembekal-pembekal kredit;
      • Biro Kredit, atau sekiranya berlaku kegagalan membayar hutang atau pertikaian, mana-mana agensi pengumpulan hutang atau pusat penyelesaian pertikaian;
      • mana-mana rakan perniagaan, pelabur, pemegang serah hak (assignee) atau penerima pindahan (transferee) (sebenar atau bakal) untuk memudahkan transaksi-transaksi aset perniagaan (yang mungkin meliputi sebarang penggabungan, pengambilalihan atau penjualan aset) yang melibatkan Kumpulan GHL;
      • penasihat-penasihat profesional kami seperti juruaudit dan peguam kami;
      • pengawal selia kerajaan atau pihak berkuasa atau agensi penguatkuasa undang-undang yang berkenaan untuk mematuhi mana-mana undang-undang atau kaedah dan peraturan yang dikenakan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan;
      • sesiapa yang kami memindahkan atau mungkin memindahkan hak-hak dan kewajipan-kewajipan kami, termasuk, misalnya dimana kami memperolehi perkhidmatan-perkhidmatan daripada suatu organisasi pihak ketiga untuk mengendalikan mana-mana aspek pemprosesan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang diberitahu kepada anda selaras dengan Dasar ini;
      • bank-bank, syarikat-syarikat kad kredit dan pembekal-pembekal perkhidmatan mereka masing-masing; dan
      • mana-mana pihak lain yang telah dipersetujui oleh anda, sebagaimana yang ditentukan oleh anda atau yang telah dimaklumkan kepada anda oleh kami dalam notis berikutnya.

Prinsip Kerahsiaan & Privasi

7. Data Peribadi yang disimpan oleh GHL akan dirahsiakan selari dengan Polisi Perlindungan Data Peribadi dan Notis ini, menurut undang-undang terpakai yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
8. Kami hanya mengumpul maklumat peribadi yang kami percaya relevan dan diperlukan untuk memahami keperluan anda.
9. Kami hanya akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk memberikan anda produk dan perkhidmatan yang lebih baik.
10. Kami tidak akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada mana-mana organisasi luar melainkan persetujuan anda telah kami perolehi, jika dikehendaki oleh undang-undang, atau telah dimaklumkan kepada anda sebelum ini.
11. Semua kakitangan dan mana-mana pihak ketiga yang mempunyai akses yang dibenarkan kepada maklumat anda secara khusus adalah dikehendaki untuk mematuhi kewajipan kerahsiaan kami.
12. Segala usaha yang munasabah dan langkah praktikal dibuat untuk memastikan bahawa mana-mana Data Peribadi yang disimpan sentiasa dikemas kini dan dilindungi daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan atau kemusnahan.

Penyimpanan Data Peribadi
13. Kami mungkin menyimpan Data Peribadi anda selagi ia diperlukan untuk tujuan-tujuan ianya dikumpul, sehingga tujuh (7) tahun, melainkan dibenarkan sebaliknya oleh undang-undang yang terpakai atau untuk mempertahankan tuntutan-tuntutan undang-undang.

Hak Akses kepada Data Peribadi dan Pertanyaan

14. Tertakluk kepada sebarang pengecualian di bawah undang-undang yang terpakai, anda boleh pada bila-bila masa selepas ini meminta akses kepada, atau membetulkan Data Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau yang telah lapuk, atau mendapatkan maklumat lanjut daripada kami mengenai Data Peribadi dan Notis ini dengan menghubungi Pegawai Perlindungan Data yang berkaitan:

Semua negara (kecuali Thailand dan Filipina)
Nama: Nur Amirah Binti Mat Luwi
Alamat: C-G-15, Block C, Jalan Dataran SD1, Dataran SD, PJU 9, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Malaysia
Emel: pdpamy@ghl.com
No.Tel.:  +603 - 6286 3388

Thailand
Bagi individu-individu yang tinggal di Thailand, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data di bawah:
Nama: Nannapat Tantinantawat
Alamat: 77/161, 37th Floor, Sinn Sathorn Tower, Krungthonburi Road, Klongtonsai, Klongsan, Bangkok 10600 Thailand.
Emel: pdpath@ghl.com
No.Tel.: +66(0)2 440 0111

Filipina
Bagi individu-individu yang tinggal di Filipina, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data di bawah:
Nama: Kristine Jane A. Ferriol
Alamat: 6F One Corporate Plaza Building, 845 Arnaiz Avenue, Legaspi Village, 1224 Makati City, Philippines.
Emel: pdpaph@ghl.com

No.Tel.: +63-2 7744 9449

15. Di mana kami bergantung pada persetujuan anda untuk menggunakan Data Peribadi anda, anda berhak untuk menarik balik persetujuan tersebut pada bila-bila masa. Penarikan ini bagaimanapun tidak akan mempengaruhi kesahihan pemprosesan berdasarkan persetujuan anda sebelum penarikan anda. Sekiranya anda menarik balik persetujuan anda terhadap mana-mana atau kesemua tujuan dan bergantung kepada jenis permintaan anda, kami mungkin tidak berada dalam kedudukan untuk terus memberikan anda produk atau perkhidmatan kami.

16. GHL berhak untuk mengenakan bayaran yang berpatutan kepada anda untuk memproses sebarang permintaan untuk mengakses data.

17. Jika terdapat sebarang konflik di antara versi Bahasa Inggeris dan versi-versi di dalam bahasa yang lain, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai. GHL berhak untuk mengubah suai, mengemas kini atau meminda terma Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang dikemas kini di Laman Web kami. Komunikasi dengan atau penggunaan servis GHL secara berterusan menandakan penerimaan anda terhadap Notis ini, melainkan dimaklumkan kepada kami sebaliknya.